Friday 17 February 2012
Saturday 11 February 2012
PERLAWANAN FUTSAL 2012
8 Febuari 2012 - Satu perlawanan futsal telah diadakan hasil kerjasama antara Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir dan Kelab UMNO Kaherah. Perlawanan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa-mahasiswa seluruh Kaherah. Perlawanan telah diadakan di stadium tertutup bertempat di Nadi Riyadhi.
Sebanyak 12 pasukan telah berdaftar untuk menyertai perlawanan tersebut. Hadiah untuk tempat pertama wang tunai sebanyak 1000 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan 360, tempat kedua wang tunai sebanyak 700 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan MARK FC , dan tempat ketiga wang tunai sebanyak 500 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan Lebah. Hadiah saguhati tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan Asparagus serta sijil penyertaan bagi semua peserta.
Majlis penyampain hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka di Mesir, Ustaz Muhd Anwar bin Idris. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ilya, Pengerusi MTP Negeri Sembilan dan Ustaz Badrul, Bekas Pengerusi MTP Negeri Sembilan kerana sudi menjadi pengadil pada hari perlawanan. Diharapkan program mega seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.
Kumpulan 360 selaku Juara
Barisan pemain dan penonton
Kumpulan MARK FC selaku Naib Juara
Semasa perlawanan berlangsung
Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka di Mesir Ustaz Muhd Anwar bin Idris bersama para urusetia program
Semasa perlawanan berlangsung
Penyampaian hadiah oleh Ustaz Anuar kepada wakil Kumpulan 360
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN
5 Januari 2012 - Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) dengan kerjasama Kelab UMNO Kaherah telah menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin. Majlis ini telah diadakan di Surau Wisma Seri Melaka. Majlis ini bertujuan sebagai persediaan kepada mahasiswa dan mahasiswi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.
Majlis bermula pada jam 5.00 petang dengan solat Maghrib secara berjemaah. Kemudian, diikuti dengan bacaan Yassin, solat Isyak berjemaah dan solat sunat hajat. Majlis telah diketuai oleh Ustaz Hafiz bin Datuk Hamzah selaku pengerusi Kelab UMNO Kaherah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)